Kayu Teras Asam Jawa

Assalamualaikumm.. ✌ Harini kita nak share sikit tentang Galih Asam Jawa aka Teras Asam Jawa.. Teras Asam Jawa. Pokok Asam sangat popular di Indonesia dengan ketinggian sehingga 30m dan mempunyai diameter di antara 60cm hingga 70cm. Pokok Asam amat banyak di negara kita lebih-lebih lagi di Kedah (banyak dan besar-besar pula tu). Teras Asam juga memiiliki banyak khasiatnya. Antaranya: Asam jawa dan pokoknya digunakan sebagai pelawak dan penyejuk badan Teras kayunya pula sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera Kulit buah dan kulit kayu sebagai ubat cirit birit kerana ia mengandungi banyak tanin manakala isinya banyak asid tartar Air rebusan daunnya boleh diminum sebagai penawar demam panas dan dapat melegakan lelah. Manakala daun muda boleh ditumbuk sehingga lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit rheumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanakan sedikit dan ditapis. ...